BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

No One

No One
Semua Tentang Kita

Thursday, October 22, 2009

PROLOG : Peristiwa Merantai Hati

PROLOG
“Abang,dalam hidup ni apa yang paling abang sayang dan paling abang hargai? Kenapa abg rasa perkara atau benda tu penting buat abang?”.

“Abang rasa biarlah abang rahsiakan,sebab belum masanya lagi abang nak bagitau hal ni. Lagipun buat masa sekarang abang benar-benar rasa bersyukur dengan apa yang abang dah ada”.

“ Ehh...kedekut betullah Mat Saleh ni! Ok fine, simpan je la rahsia yang abg nak simpan sampai berjanggut tu.Adik pun tak mau dengar la...”.

“ Eleh...merajuk pulak adik abang sorang ni. Tapi adik kena ingat tau,nanti bila abang tak ada sape nak jaga adik...Ha merajuk la...Abang tak kisah pun!”

“Ye la, Mat Saleh bukannye pandai nak pujuk orang…Cuma dalam movie je berlakon bagai nak rak ,pujuk orang macam nak gugur jantung dan hati.Lagi pulak model minyak wangi macam abang kan, sape la tak cair...? But not me...! Adik ni budak laki yang tabah tau...tak makan la pujuk rayu macam tu”.

“ Ye la tu. Kuat,tabah,berani la konon…dah la anak manja…sikit-sikit abang, nak itu abang, kalau takut cari abang...sedangkan guruh berdentum pun ajak abang teman tido, ni yang kata berani? Ha tengok tu muncung dah panjang!.Nanti jadi macam muncung bangau baru tau".

“ Abang....! Adik gigit kang baru tau!. Malas la nak layan …esok orang ada persembahan. So, kalau tengok muka abang pun tak ada faedah…suara pun tak sedap …tapi ada satu je la boleh puji, abang kan model, pandai la nak posing…sebab nak cover macho kan !. Adik nak masuk dalam la…abang nak air tak ?. Adik nak buat ni."

“Adik buatkan ice blanded and goreng sekali mee goreng,abg dah lapar ni… ! Bulan depan abang dah nak balik US. Rindu la nak makan mee goreng...apalah salahnya adik jaga makan minum abg sementara abg ada ni...”

“ Tak mau......!!!. Dah bagi betis nak peha. Malas la adik,Banyak lagi benda nak kena siapkan”.

" Tak baik ingkar arahan org tua tau...!. Adik dah tak sayang abang?”

“ Eshh....ye la...”.

" Ha...ni la yang buat abang sayang kat adik ni ”.

“ Eh…gelinya… ! ”.

1 comments:

mira luny said...

huhuhu,,,,
cian an...

Next Top Model

Next Top Model
handsome...